Wednesday, December 31, 2008

Hidup Segan, Mati Tidak Mahu



SEBAHAGIAN daripada 20 anggota Barisan Bertindak Gombak yang diwakili Pertubuhan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO) berhimpun di hadapan Balai Polis Gombak, Gombak semalam selepas membuat laporan polis terhadap Anwar Ibrahim atas dakwaan mengganggu gugat kestabilan negara.


Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera

Petikan berita di atas diambil dari mstar online pada 25 September 2008 (Khamis). Melihat gambar di atas, rasa nak gelak pun ada, naik geli pun ada, kelakar pun ader dan macam-macan lagi rasa dibuatnya. Bukannya apa saya agak musykil, menurut kenyataan diatas 20 orang, tetapi saya kira-kira ada 6 orang pegang poster dan yang lain-lain kat belakang tu tengah lalu lalang sahaja rasanya. Tak kiralah 6 orang ke, 20 orang ke atau apa-apa ajelah tetapi tindakan mereka ini mewakili suara diri sendiri ke atau mewakili suara 20 – 30 juta rakyat Malaysia. Saya pun tidak mahu komen banyak tentang gambar di atas (takut nanti kena ISA). Jadi kepada 20 – 30 juta pembaca di luar sana renung-renungkanlah gambar di atas.

Sekian Wassalam.

Tuesday, December 30, 2008

Islam, Hudud, Penyelewengan dan Penghinaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya ingin memberi komen mengenai debat yang telah berlangsung baru-baru ini di antara Khairy Jamaluddin (KJ) dan Husam Musa (HM).

Sewaktu saya menonton Buletin Utama, ada satu laporan berita mengenai debat tersebut. Dalam laporan berita tersebut di tunjukkan klip video debat diantara KJ dan HM. Dalam klip tersebut menunjukkan yang mana KJ sedang bertanya soalan kepada HM. Soalan tersebut berbunyi lebih kurang begini "Adakah saudara akan melaksanakan hukum Hudud sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampok pemerintahan Malaysia?". Rasanya ada dekat 2 - 3 kali beliau mengulangi soalan beliau kepada HM. Jawapan HM senang sahaja iaitu YA. Dan selepas jawapan itu di keluarkan dari mulut HM, dengan bersahaja si KJ tersenyum sinis. Apa motif senyumannya itu?

Saya tidak berpuas hati dengan klip video yang di siarkan oleh pihak TV3, maka saya melayari internet untuk mencari sedutan klip tersebut. Setelah menjumpai klip tersebut di laman You Tube, saya rasa amat terkejut sekali kerana selepas memberi jawapan YA, HM memberitahu orang ramai iaitu para penonton dan juga kepada KJ supaya jangan panik. "Jangan panik, jangan panik, mengapa kita harus berasa panik. Mengapa YB Rembau harus berasa panik? Kita orang Islam buat apa nak rasa panik atau takut. Hukum Hudud adalah hukum orang Islam. Sepatutnya hukum Hudud ini di perbincangkan dan menjadi agenda dalam UMNO bukan PAS sahaja."

Kata-kata HM betul-betul telah membuka mata dan minda saya. Betul apa yang dicakapkan oleh HM itu. Kenapa scene itu tidak di masukkan dalam Buletin Utama? Cara penyampaian pemberita Buletin Utama TV3 serta klip video yang di paparkan seolah-olah ingin menakutkan rakyat samada meraka yang beragama Islam atau tidak. Hukum hudud yang suci dalam Islam telah mula diperkotak-katikkan oleh media lebih-lebih lagi pihak media tersebut adalah orang Islam sendiri. Apakah motif pihak media untuk "menonjolkan" propaganda sebegini? Untuk kempen pilihanraya atau sengaja untuk menjatuhkan martabat serta maruah Islam.

Yang seronoknya, media TV3 boleh menemubual Lim Guan Eng (MB Penang) berkenaan PAS akan melaksanakan Hudud sekiranya Pakatan Rakyat menerajui negara. Yang jelasnya Lim hanya seorang Cina yang bukan beragama Islam. Kenapa ditujukan soalan itu pada dia? Cubalah tanya pada Pemimpin Negara yang beragama Islam pada masa kini seperti Pak Lah ke, Najib dan lain-lain. Berita terkini yang digembar-gemburkan sekarang ini, PAS mencadangkan hukum Hudud di jalankan keatas mereka yang beragama Islam. Itu saya sokong 110% tanpa berbelah lagi. Sepatutnya cadangan itu bukan sahaja dicadangkan oleh PAS tetapi kerajaan pimpinan UMNO itu sendiri.

Baru-baru ini terdapat satu laporan mengatakan sebuah blog menghina Nabi Muhammad S.A.W. Menurut kerajaan perkara ini akan di siasat dan penulis blog akan di dakwa. Di fahamkan terdapat lebih 3000 pembaca telah membaca blog tersebut. Bagaimana pula hukuman untuk orang yang menghina Hudud seperti yang terjadi di atas? Jadi, fikir-fikirlah sendiri. Saya merayu kepada pihak media supaya henti-hentikanlah cerita ini. Memalukan diri saya sebagai umat Islam yang kerdil di sisi Allah S.W.T.

Sekian Wassalam.