Friday, February 27, 2009

Cakap Tak Serupa Bikin

SHAH ALAM: "Pernah kita maki dia Singh celaka? Bayangkan bagaimana orang Singh rasa Singh celaka," itulah kata-kata anggota exco Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican bagi melahirkan rasa terguris hati dan marah anggota pergerakan itu terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang semalam menyifatkan Pemuda Umno sebagai "celaka" – PETIKAN BERNAMA





Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Inilah kata-kata orang yang berotakkan udang serta ketam. Sekarang kita lihat siapa yang mulakan isu perkauman di sini. Kenapa kaum Singh yang dilibatkan dalam isu ini? Mengapa tidak katakan kepada parti politik yang diwakili oleh Karpal Singh iaitu DAP? Apakah Pemuda UMNO yang dimaksudkan oleh Karpal itu adalah Pemuda Melayu? Kepada Reezal, cakap biar serupa bikin. Jangan mengapi-apikan lagi isu perkauman. Buktinya sudah jelas di sini. Kalau nak hentam pun, hentam parti. Jangan hentam kaum.

Karpal Singh hanya menyerang UMNO dan bukan Melayu. Saya sebagai Pemuda MELAYU tidak pernah rasa tersinggung walaupun se “inci” sekalipun apabila si Karpal menyifatkan Pemuda UMNO sebagai “celaka”. Ini kerana saya bukan Pemuda UMNO tetapi Pemuda MELAYU.

Sekian. Wassalam.

No comments: