Friday, January 16, 2009

Khir Toyo Vs. Khalid Ibrahim

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Seperti yang kita sedia maklum kedua-dua pemimpin di atas sering sahaja bertelagah dan bertekak mulut antara satu sama lain mengenai isu pemerintahan Negeri Selangor. Kes terbaru, pasal kereta. Tan Sri Khalid berkata semasa Khir Toyo menjadi Menteri Besar Selangor dahulu, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah membeli sebuah Mercedes Benz berjumlah kira-kira hampir RM 1 juta untuk kegunaan peribadi Khir Toyo. Khir Toyo pun memberi respons yang amat saya hormati iaitu beliau mengaku semasa pemerintahannya KDEB ada membeli Mercedes tersebut untuk kegunaan peribadinya TETAPI (ya...... ada tetapi tu) beliau akui tidak menyuruh KDEB membeli kereta tersebut untuk dirinya. Sebaliknya KDEB membuat keputusan sendiri untuk membeli kereta Mercedes tersebut untuk Khir Toyo. Malah Khir Toyo juga memberitahu selepas kereta mercedes itu di beli oleh KDEB, beliau tidak pernah sama sekali memandu kereta tersebut. RM 1 juta di bazirkan begitu sahaja. Saya tidak faham mengapa KDEB sengaja membazirkan RM 1 juta semata-mata untuk membeli kereta kepada Khir Toyo?
Selepas mengeluarkan kenyataan di atas Khir Toyo pula menuduh Khalid Ibrahim membeli Lexus yang mana harganya hampir mencecah RM 1 juta meggunakan dana KDEB. Dengan selamba Khalid Ibrahim menjawab, kereta tersebut dibeli semasa bulan Julai 2007 menggunakan duitnya sendiri. Apa rasa Khir Toyo? Rasa bodoh dan malu yang teramat sangat.... mungkin.
Sekian Wassalam.

No comments: