Sunday, January 18, 2009

KT Milik Pembangkang

Assalamualikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

TAHNIAH di ucapkan kepada parti pembangkang di atas kejayaan memenangi Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu.

Kepada Barisan Nasional, saya berpendapat parti tersebut masih tertanya-tanya ataupun mereka sudah ketahui mengapa mereka kalah di KT. Jikalau mereka masih lagi tertanya-tanya, izinkanlah saya menerangkan punca-punca kekalahan parti anda. Tiga fator sahaja punca kekalahan BN iaitu Najib, KJ dan Ezam.

1) Najib - Selaku ketua jentera di KT. Rakyat Malaysia sememangnya sudah tidak suka akan diri anda. Berdiri depan cermin dan renung-renungkanlah.

2) Khairy Jamaluddin (aka KJ - Bukan Kopi Janda ye..) - Membangkitkan dan mempermainkan isu hudud - Sila rujuk kepada blog saya terdahulu mengenai Debat Hudud antara Husam Musa dan KJ.

3) Ezam - Siapa mamat ini? Ahli MT, Menteri, Pegawai Kerajaan? Kenapalah di hantarnya beliau oleh jentera BN ke KT? Inilah namanya provokasi, salah satu kesilapan paling BESAR dalam strategi untuk memenangi pilihanraya.

Oh ya, satu lagi pihak media terutama sekali RTM 1 & 2 dan TV3. Terima kasih atas segala propanganda yang anda bangkitkan semata-mata untuk menjaga BN. Rakyat sekarang bukan BODOH. Dalam tv anda boleh menipu tetapi INTERNET tidak.

Jadi sekali lagi syabas saya ucapkan kepada Pakatan Rakyat. Kepada BN, semoga berjaya pada PRU ke 13 akan datang.

Sekian Wassalam

No comments: